Hiburan Sensasi Terkini

Akhirnya Nora Danish Bakal Berkahwin 30 Mac Ini

Tahniah buat Nora Danish dan Nedim Nadzri apabila membuat keputusan untuk menamatkan zaman solo masing-masing pada 30 Mac ini. Wah, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum disatukan!

Menurut Utusan Online, kedua-dua pasangan romantik ini akan melangsungkan majlis pernikahannya di Kuala Lumpur dengan tema tradisional.

Namun majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja. Jelas Nora, dia akan memberi kenyataan rasmi selepas majlis tersebut berlangsung.

Pengumuman ini sekali gus menamatkan segala spekulasi tentang tarikh pernikahan pasangan ini. Apapun, kami doakan moga majlis yang bakal diadakan itu berjalan lancar.-KLICK.MY

Sumber:Utusan Online