Hiburan Sensasi Terkini Viral

Akhirnya Najip Ali Mohon Maaf Atas Keceluparannya

Sejak semalam hati rakyat Malaysia tergores dengan keceluparan pelawak dari Singapura, Najip Ali apabila dia seolah-olah mempersenda Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rancangan bual bicara berjudul OK Chope yang disiarkan di Channel 5 milik Mediacorp Singapura.

Rancangan yang menampilkan lima selebriti Singapura iaitu Najip Ali, Mike Kasem, Rishi Budhrani dan Sam See sebagai peserta dengan menjadi ahli panel itu dikatakan turut menyinggung perasaan penonton.

Segalanya bermula apabila komen yang dilontarkan oleh beberapa ahli panel tempatan menerusi program komedi tersebut secara bebas menghina PM Malaysia.

Bak kata pepatah, sarang tebuan jangan dijolok. Akibat perbuatan mempersenda tersebut, telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia. Rata-rata menghentam Najip dan mencadangkan agar badan karyawan tempatan mendesak dia memohon maaf.

Mungkin menyedari kesilapan dan keceluparannya, Najip dan Channel 5 bertindak memohon maaf kepada PM dan rakyat Malaysia. Mereka mengakui kesalahan dan berjanji akan menarik balik episod tersebut daripada siaran ulangan serta-merta.

“Saya sedar betapa saya tidak sensitif dan (tidak) berhati perut. Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Saya merayu agar beliau, penonton dan rakan-rakan memaafkan saya,” katanya.

Itulah lain kali apabila bercakap fikir dulu semasak-masaknya. Jangan bercakap membuta-tuli. Walaupun niat untuk berjenaka, tetapi ia boleh menyinggung perasaan rakyat Malaysia. Harap kes ini dapat dijadikan pengajaran semua pihak.-KLICK.MY