Hiburan Sensasi Terkini

Akhirnya Harris Baba Tayang Wajah Aleena Ziya

Setelah hampir sebulan lebih menimang cahaya mata, penyanyi dari Singapura, Harris Baba akhirnya mendedahkan wajah anak sulungnya itu di laman sosial.

Penyanyi yang mirip wajah penyanyi antarabangsa Zayn Malik ini seakan-akan teruja untuk berkongsi gambar wajah anaknya dengan para peminat di Instagram.

Puteri sulung yang bernama Aleena Ziya ini dilahirkan pada 10 Februari lalu. Rata-rata peminat memuji kecomelan anaknya itu. Malah ada yang kata Aleena Ziya mirip wajahnya.

Mungkin masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Harris Baba dan isteri atas kelahiran cahaya mata yang comel ini.

Kini, kita tunggu satu lagi pasangan artis popular yang masih belum menayangkan wajah baby mereka iaitu Akim dan Stacy. Tak sabar rasanya.-KLICK.MY