Hiburan

Akhirnya Ayu Raudhah Bersuara Mengenai Video Nakal Mirip Suami

SEPERTI trend apabila satu demi satu video kontroversi melibatkan beberapa orang selebriti lelaki popular tular di media sosial.

Tidak terkecuali suami kepada pelakon Ayu Raudhah yang juga pemain bola sepak Kuala Lumpur, Zaquan Adha.

Satu video mirip Zaquan yang sedang beraksi ‘nakal’ tersebar dan mengundang persoalan pelbagai pihak.

Video yang tersebar itu memperlihatkan individu mirip Zaquan memakai seluar dalam berwarna putih beraksi di hadapan kamera.

Ketika ditemu bual oleh mStar Online, Ayu menjelaskan video tersebut adalah kepunyaan peribadi mereka yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab.

“Saya orang pertama yang tahu tentang video itu kerana ia dalam telefon bimbit saya yang rosak.

“Ia adalah video peribadi antara saya dan suami. Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki.

“Pihak kedai itu kata video dan foto dalam telefon itu tidak dapat diselamatkan.

“Tidak sangka pula keluar video itu, ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya kesal dan terkejut dengan kejadian itu.

Dalam pada itu, Ayu berkata, suaminya sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ayu berkahwin dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 30, pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser,5, Muhammad Aisy Aryann, 4, dan Laura Zulaykha, 1 tahun. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.