Hiburan Semasa Terkini

Akhirnya Anak Kedua Azharina Menghembuskan Nafas Terakhir

Bekas juara pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim ke-3, Azharina Azhar baru-baru ini menyeru kepada semua peminat dan orang ramai agar berdoa untuk kesihatan anaknya yang kini kritikal.

Bayi yang baru berusia tidak sampai sebulan itu dijadikan anak angkat oleh penyanyi dari Sabah ini. Dia menamakan bayi yang diambilnya itu sebagai Rizqie Azharin Azhar. Sebelum ini Azharina juga pernah mengambil anak angkat bernama Rahmat Azharin yang kini sudah berusia tiga tahun.

Namun kesihatan anak angkat keduanya berada dalam tahap kritikal dan ditempatkan di ICU Hospital Putrajaya kerana mengalami pendarahan otak dan kedua-dua buah pinggangnya rosak.

Berita terbaru yang diterima daripada Instagram milik Azahrina, anak keduanya itu telah kembali ke rahmatullah. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 Puchong, Selangor selepas Asar ini.

Sebelum ini, Azharina berkata dia redha sekiranya Rizqie Azharin pergi buat selama-lamanya. Apapun, kami di sini mengucapkan takziah kepada Azharina dan moga tabah menghadapi ujian Allah ini. Al-Fatihah!-KLICK.MY