Viral

Akhirnya 2 Daripada 3 Orang Pembunuh ‘Kucing Dobi’ Berjaya Ditangkap

SYABAS diucapkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menangkap dua daripada tiga lelaki yang membunuh kucing bunting secara kejam dengan memasukkannya dalam mesin pengering pakaian di dobi layan diri di Taman Gombak Ria, Selangor baru-baru ini.

Berkaitan: 2 Lelaki Durjana Bunuh Kucing Bunting Guna Mesin Pengering Dobi

Lapor Harian Metro Online, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof sebagai berkata, dua daripada tiga lelaki berkenaan ditahan awal pagi tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan sekitar Gombak dan polis masih lagi memburu seorang lagi rakan mereka yang masih bebas.

“Kedua-dua lelaki berkenaan yang mana perlakuan kejam mereka membunuh seekor kucing bunting terbiar dengan kejam, ditahan awal pagi tadi sekitar daerah ini.

“Bagaimanapun, polis masih lagi memburu seorang lagi suspek yang turut berada di lokasi ketika kejadian kejam itu dilakukan,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, polis mendedahkan gambar tiga suspek berkenaan yang dikehendaki kerana melakukan penganiayaan dan membunuh haiwan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Perlakuan kejam serta tidak bertamadun mereka dirakam CCTV premis berkenaan serta tular di media sosial mendapat kecaman masyarakat di negara ini. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.