Hiburan

Akaun Palsu Hina Islam, Aweera Buat Laporan Polis

BUKAN perkara baharu nama dan gambar artis popular digunakan untuk membuat akaun palsu media sosial.

Perkara ini adalah serius kerana ia boleh mengelirukan peminat dan membahayakan diri artis itu sendiri.

Terbaharu, Vokalis kumpulan Prime Domestic, Aweera membuat laporan polis pada malam Selasa lalu berhubung akaun palsu di Facebook yang menggunakan gambarnya bagi menghina agama Islam.

Perkara itu diberitahu sendiri oleh Aweera menerusi Instagramnya. Aweera berpesan agar pengguna media sosial berhati-hati dengan akaun palsu berkenaan sekali gus menyerahkan tindakan lanjut kepada pihak berkuasa.

“Baru lepas buat report polis berkaitan fake account (akaun palsu) yang mengunakan gambar saya.

“Dalam fake account itu, dia telah menghina agama Islam dengan menggunakan gambar saya.

“Apa-apa pun saya serahkan pada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya,” tulisnya.

Terdahulu, Aweera memuat naik bukti bergambar akaun palsu berkenaan yang menggunakan nama ‘Para Pencari’ dan wajahnya.

Akaun terbabit meninggalkan komen di sebuah akaun rasmi parti politik tempatan dengan potongan ayat yang menghina Allah dan Nabi Muhammad S.A.W.

Tindakan Aweera membuat laporan polis itu disokong peminatnya yang menyifatkan tindakan individu tidak bertanggungjawab itu melampau dan melanggar batas agama.

Semoga indvidu tidak bertanggungjawab itu dapat diberkas pihak berkuasa dengan segera. –KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen