Hiburan Sensasi Terkini

Aishah Berang Individu Kaitkan Namanya Dengan Kenyataan Palsu

INI bukan kali pertama nama penyanyi terkenal, Aishah dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Kalau anda masih ingat, pada Januari lalu sebuah syarikat makanan tambahan menggunakan nama dan wajahnya tanpa keizinan untuk mempromosikan produk mereka.

Berkaitan: Aishah Bengang Gambarnya Disalahguna Produk Kurus

Terbaharu, nama bekas Juara Gegar Vaganza musim keempat sekali lagi dipergunakan. Dalam Instagramnya, Aishah memuat naik gambar individu yang mengeluarkan kenyataan palsu membabitkan dirinya.

Aishah berang kerana individu tersebut mengaitkan namanya membabitkan hal-hal politik.

“Berita palsu begini sangat berbahaya dan boleh merosakkan reputasi saya.

“Jadi, selagi nama tertera di atas tidak membuat apa-apa kenyataan sebaliknya, saya anggap ini penyebaran berita palsu,” tulisnya.

Malah, pelantun lagu Janji Manismu ini juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ia masih berterusan.

“Banyak duit agaknya mamat ni suka suki ja buat kenyataan palsu. Awal tahun lagi dah ada syarikat cari pasal buat testimoni palsu kena bayar ganti rugi.

“Mungkinkah mamat ini akan jadi pihak kedua yang kena keruk dalam-dalam poketnya untuk bayar pampasan. Tindakan susulan akan diambil,” kongsinya lagi.

Aishah bersama suami.

Rata-rata peminat pelantun lagu Janji Manismu ini menyokong tindakan Aishah untuk menyaman individu tidak bertanggungjawab tersebut. –KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.