Politik Semasa

Air Mata Obama Tanda Penghargaan Buat Isteri

PRESIDEN Amerika Syarikat Barack Obama mengalirkan air mata ketika menujukan ucapan terima kasih buat isterinya Michelle Obama, dalam sebahagian daripada ucapan terakhirnya sebelum meninggalkan Rumah Putih, pada malam Selasa.

Obama menyifatkan Michelle berjasa besar sepanjang tempoh beliau memegang tampuk pemerintahan  sepanjang dua penggal, selain menggelarkan isterinya itu sebagai ‘best friend’ dan ‘role model’ kepada negara.

Ucapan Obama turut disambut dengan titisan air mata puterinya, Malia, yang duduk di baris hadapan Chicago’s McCormick Place.

Michelle dan anak perempuan, Malia turut sebak ketika mendengar ucapan terakhir Obama sebelum meninggalkan Rumah Putih.

Seorang lagi anak perempuan bongsunya, Sasha, 15, bagaimanapun tidak kelihatan menyaksikan detik bersejarah buat keluarga mereka itu secara berdepan kerana sedang menduduki ujian persekolahan.