Hiburan Sensasi Terkini

‘Air Mata Di Syurga’ Maksud Nama Anak Sulung Ainan Tasneem

MASIH belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada penyanyi Ainan Tasneem dan suami atas kelahiran cahaya mata sulung pada 2 Mac baru-baru ini.

Ainan selamat melahirkan bayi seberat 2.91 kilogram secara normal di sebuah hospital di ibu negara.

Pelantun lagu ‘150 Juta’ itu berkahwin dengan jurutera, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi pada 7 Januari tahun lalu.

Selepas seminggu melahirkan anak, akhirnya Ainan berkongsi nama anaknya itu di Instagram. Ainan dan suami memilih nama Ainan Salsabiela untuk bayi sulung mereka.

Bukan sahaja sebutannya indah, malah maksud nama tersebut juga begitu indah dan penuh makna. Menurut Ainan, dia memilih nama itu kerana ia membawa maksud “mata air di syurga” selain hampir sama dengan namanya.

“Assalamualaikum semua. Nama saya Ainan Salsabiela Binti Mohamad Ariffudin. Maksud nama saya ‘Mata Air di Syurga’, sama maksud lebih kurang dengan nama Ummi saya. Doakan saya menjadi anak yang solehah ya semua,” tulisnya.

Menjelaskan maksud sebenar nama anaknya itu, Ainan menulis: “indahnya nama “Salsabila” ini kerana ianya adalah mata air di syurga yang akan diberikan kepada orang yang mendekatkan diri kepada Allah (muqarrabin), sedang para abrar (orang yang berbuat baik) maka Allah memberi mereka air yang diberi campuran kafur (air dingin yang baunya wangi) dan zanzabil (air halia yang segar dan wangi)”.

Semoga Ainan Salsabiela membesar menjadi anak yang beriman dan solehah. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.