Sensasi Terkini Viral

Ainul Aishah Mengaku Lelaki Berwajah `Mat Saleh’ Teman Lelakinya

Pelakon hitam manis berwajah anak mami, Ainul Aishah sejak akhir-ini ini dilihat sering memuat naik foto-fotonya bersama seorang lelaki kacak seperti `mat saleh’ di laman Instagram miliknya.

Ainul yang pernah membintangi drama rantaian Lara Aisyah itu akhirnya mengakui lelaki tersebut adalah teman lelakinya.

Menurut Ainul, dia dan lelaki yang bernama Khalid Redzuan itu telah mengisytiharkan hubungan sebagai kekasih pada hari jadinya yang ke-32, April lalu.

“Semuanya bermula apabila saya menerima mesej di Instagram daripada Khalid September tahun lalu dan tiga bulan selepas itu (Januari) baru saya ambil keputusan nak berjumpa.

“Itu pun setelah merasakan dia amat berbeza dengan mana-mana lelaki yang pernah saya kenali sebelum ini,” kata Ainul.

Menurut Ainul, Khalid berdarah kacukan Melayu dan Inggeris tetapi dibesarkan di KEdah dan Kelantan.

Katanya dia terpikat dengan Khalid yang merupakan seorang ahli perniagaan itu kerana tertarik dengan cara lelaki berusia 36 tahun itu menghargai kehadirannya.

Ditanya mengenai jodoh dengan lelaki `sado’ itu, Ainul menyerahkan segalanya kepada takdir kerana menurutnya usia sekarang adalah tepat untuk mendirikan rumahtangga.

“Semua terserah pada jodoh, doakan yang terbaik,” katanya. –KLICK.MY

Sumber: mStar Online