Hiburan Sensasi Terkini

Aiman Tino Dapat Hadiah Kereta Mewah

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Pendatang baru dalam dunia muzik tanah air, Aiman Tino boleh dianggap bertuah kerana lagunya yang berjudul Ku Rela Dibenci telah membawanya pada satu tahap dalam dunia nyanyian.

Namanya tiba-tiba ‘meletup’ menerusi lagu tersebut. Terus melangkah ke hadapan, tuah sekali lagi menyebelahinya apabila lagu tersebut berjaya masuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-31.

Terbaru, rezekinya sekali lagi datang bertamu dalam hidupnya apabila dihadiahkan sebuah kereta mewah jenama Audi R8 yang bernilai hampir RM1 juta.

Hadiah itu diberi kepadanya oleh syarikat produk kecantikan memandangkan Aiman Tino adalah rakan strategik perniagaan mereka.

Wah, lepas ini meluncur penuh bergayalah Aiman untuk ke sana sini. Makin bertambahlah peminat perempuan yang mengejarnya selepas ini.

Namun, Aiman perlu ambil lesen kereta dulu kerana dia masih belum memiliki lesen memandu. Justeru, remaja berusia 17 tahun ini disediakan seorang pemandu bagi memudahkan dia ke sana sini.-KLICK.MY