Hiburan Sensasi Terkini

Ahli Gusti Melamar Kekasih Di Gelanggang

Bagi peminat setia sukan gusti pasti mengenali John Cena. Menariknya cerita mengenai ahi gusti ini ialah tindakannya melamar kekasih hati yang juga ahli gusti wanita, Nikki Bella di gelanggang menjadi tular di laman sosial.

Namun sebelum lamaran tersebut dibuat, Cena dan Bella bergabung tenaga melawan ‘musuh’ mereka, The Miz dan Marve dalam perlawanan tag campuran.

Selepas perlawanan tersebut, tiba-tiba Cena mengambil mikrofon dan mula menceritakan momen indahnya bersama Bella.

Tanpa disangka-sangka Cena mengeluarkan kotak berisi cincin perkahwinan dan berlutut. Saat itulah dia melamar Bella dan wanita pujaannya itu lantas mengangguk tanda bersetuju dan mereka terus berpelukan.

Dikhabarkan mereka mula bercinta sejak 2012 lagi. Lama juga mereka bercinta kira-kira lima tahun. Semoga percintaan itu terus ke gerbang perkahwinan.

Agak-agaknya apalah tema perkahwinan mereka. Manalah tahu mereka pilih gelanggang gusti sebagai tempat berkahwin. Mesti gempak!-KLICK.MY