Sensasi Terkini Viral

Afdlin Shauki Berpuasa Di Lubnan Demi Bantu Pelarian Syria

Ramai daripada kita sedang sibuk membuat persiapan Aidilfitri, namun penerbit, pengarah dan pelakon Afdlin Shauki kini sedang berjuang di Lubnan bagi menyempurnakan Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syria.

Usaha kemanusiaan yang dilakukan Afdlin ini sememangnya patut dipuji serta dijadikan contoh dan ikutan oleh ramai lagi masyarakat Malaysia kerana  pelarian Syria di sana sangat memerlukan bantuan kita.

Afdlin bersama kru-kru Yayasan Afdlin Skauki, Yayasan Kubra, Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum telah berangkat ke Lubnan tiga hari lalu bagi membantu menyalurkan makanan serta pelbagai bantuan kepada pelarian Syria yang sedang dalam kesusahan.

Dikhabarkan rakyat Syria di kem pelarian tersebut menjalani kehidupan dalam serba kekurangan dan berpuasa dalam situasi sangat mencabar akibat kekurangan bantuan.

Afdlin turut menyeru kepada rakyat Malaysia yang ingin menyumbang kewangan yang boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 14023010012816 atas nama Tabung Pendidikan Dan Kebajikan Yayasan Kubra.

Pelawak itu turut memuatkan foto-foto di sepanjang misi di laman Instagram miliknya @afdlinshaukiofficial.

Dalam perjalanannya itu, pihak mereka bertemu dengan pihak Kedutaan Malaysia di Lubnan, Ketua Mufti serta mufti-mufti Palestin di Lubnan selain rakyat Syria.

Semoga usaha Afdlin dan semua kru dipermudahkan serta diredai Allah S.W.T. –KLICK.MY