Hiburan

Aeril Zafrel Tiada Niat Nak Tayang Kebahagiaan Bersama Isteri

PASANGAN suami isteri paling ‘sweet’ selayaknya diberikan kepada pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Sekiranya anda mengikutinya di media sosial terutamanya Instagram, pasti anda akan bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Mereka tidak lokek berkongsi video sama ada romantik atau lucu untuk tatapan netizen.

Namun, sebagai figura umum mereka tidak dapat lari daripada dikritik dan dicemburui.

Menyedari hakikat itu, Aeril menjelaskan tindakan dia memuat naik foto dan video kemesraan bersama isteri di Instagram adalah sekadar untuk menyimpan memori tersebut.

Lapor mStar Online, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 29, sebagai berkata, dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kebahagian dalam rumah tangga mereka kepada umum.

“Saya tiada niat pun nak tunjuk kemesraan kepada umum. Ia adalah untuk simpan memori kami dan anak-anak sahaja.

“Kalau simpan di telefon terlalu banyak jadi kongsi sahaja di Instagram sebagai kenangan,” katanya.

Pasangan bahagia ini telah melayari kehidupan berumah tangga selama tujuh tahun. Pelbagai suka duka dilalui bersama sehingga menjadikan mereka lebih matang.

“Tujuh tahun adalah masa yang matang untuk hubungan suami isteri. Sebelum ini mungkin kami muda dan sering terasa.

“Sekarang semua sudah faham sendiri dan tiada aksi pujuk memujuk kerana masing-masing dah faham,” ujarnya.

Aeril dan Wawa, 27, berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 5, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 3. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.