Hiburan Sensasi Terkini

Adira Dan Suami Kongsi Gambar Anak

Baru-baru ini penyanyi dari Sabah, Adira Suhaimi telah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Anggerik.

Rata-rata peminat tidak sabar melihat wajah Anggerik. Menyedari keterujaan peminat, akhirnya Adira dan suami mendedahkan wajah anak pertama mereka.

Menerusi akaun Instagram, Dato Red telah memuat naik gambar puteri kesayangan untuk dikongsi bersama peminat.

Sungguh comel dan yang pasti kulitnya putih sama seperti ibunya. Menurut Adira, dia menamakan anaknya dengan nama Anggerik kerana amat meminati bunga tersebut.

Tahniah buat Adira dan suami dan kami ucapkan selamat berpantang. Selepas ini tidak sabar pula menunggu seorang lagi penyanyi dari Sabah iaitu Stacy dan suami, Akim Ahmad mendedahkan wajah anak mereka.-KLICK.MY