Hiburan Sensasi Terkini Viral

Adik Erma Fatima, Betty Rahmad Bakal Mendirikan Rumah Tangga

Tahniah diucapkan kepada adik kepada pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida, Betty Rahmad yang bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsi Betty di Instagram dengan memuat naik foto dia sudah menerima lamaran kekasihnya yang dikenali sebagai Ardy Damis ketika makan malam di sebuah restoran di Bali, Indonesia.

No caption ??

A post shared by ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

Malah, Erma dan Umie serta beberapa rakan artis turut meluahkan perasaan gembira dan mengucapkan tahniah kepadanya di Instagram.

Tiada yang lebih gembira buat mereka apabila adik kesayangan bakal mendirikan rumah tangga. Menurut Erma, sudah lama dia menunggu berita gembira tersebut dan akhirnya ia tiba juga.

“Alhamdulillah… sekian lama ku nantikan. Hanya Allah tahu betapa gembiranya berita ini aku terima. Allah ambil suamiku… Allah gantikan dengan kegembiraan buat adik ku… @bettyrahmad Terima kasiih Allah,” tulisnya.

Manakala Umie pula menzahirkan rasa syukur dengan keputusan adiknya itu. Dia juga begitu teruja kerana bakal mendapat adik ipar.

“Alhamdulilah… walaupun sudah habis belajar dan dah kerja pun, tapi ayat yes memang susah dia nak sebut. Dalam erti kata tak pernah sebut atau tak tahu sebut atau tak ingin sebut.

“Tapi malam ni cikgu Damis berjaya ajar betty sebut yes! Yeaaayyyy !!! Aku bakal dapat adik ipar @ardydamis  tahniah adikku,” tulisnya.

Begitu juga dengan rakan-rakan artis seperti Nabila Huda dan Nora Danish turut mengucapkan tahniah kepadanya.

Semoga segala perancangan berjalan lancar. Kami di sini juga ingin mengucapkan tahniah buat Betty. –KLICK.MY