Hiburan

Ada Pihak Tak Suka Rita Rudaini Berbaik Dengan Bekas Suami

SEJAK akhir-akhir ini pelakon cantik, Rita Rudaini sering bercerita di Instagram mengenai perasaan rindu anak-anaknya terhadap ayah mereka iaitu bekas suaminya, Aidil Zafuan.

Menurut Rita, dia sentiasa berfikiran positif mengenai bekas suaminya itu. Dia juga tidak pernah menghalang anak-anaknya daripada mengingati ayah mereka.

Namun, tingkah lakunya itu mendapat perhatian daripada pihak yang tidak suka melihat Rita dan Aidil berbaik semula.

Dedah Rita di Instagram, dia berasa kurang senang terhadap pihak yang tidak mahu melihat dirinya berbaik dengan Aidil walaupun demi anak-anak mereka.

“Gigih la cuba nak lagakan kami, anak-anak jadi mangsa. Aidil dan Rita ni jangan bagi dekat, jangan bagi baik,”

“Adakah kalau kami dekat dan berbaik, kami jadi seperti lagu Stacy ‘Bergabung Meletop’? Rancanglah macam manapun, buatlah macam manapun, satu hari nanti Tuhan akan bisikkan hanya yang benar pada daddy ryanjuna” tulisnya.

Siapakah pihak yang dimaksudkan Rita itu? Apa-apapun apa salahnya mereka berbaik demi anak-anak. Tak gitu? –KLICK.MY