Hiburan Sensasi Terkini

Abby Abadi Teruja Hamil Sekali Lagi

Wah, rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Abby Abadi kerana disahkan hamil sekali lagi!

Walaupun sebelum ini Abby pernah mendiamkan diri tatkala ditanya mengenai hal tersebut namun kali ini dia mengambil keputusan untuk memberitahu khabar gembira ini kepada umum.

Terdahulu, Abby mendirikan rumah tangga baharunya dengan Muhammad Faizal Zakari setelah beberapa perkahwinannya gagal termasuk dengan bekas suami, Norman Hakim.

Pada mulanya, dia agak berat hati untuk mengumumkannya kerana kandungan masih baru. Mungkin kerana tidak mahu menyembunyikan perkara yang baik, lantas dia ambil keputusan sebaliknya.

Kandungannya baru sahaja mencecah sebulan dan khabar gembira itu pastinya turut dirasai oleh peminatnya. Menurut Abby dia tidak kisah jantina bayi yang dikandung asalkan sihat.

Akhirnya merasa sekali lagi Abby mengandung dan perasaan itu membuatkan dia berdebar-debar dan teruja. Semoga Abby dan kandungan berada dalam keadaan sihat.-KLICK.MY