Hiburan Terkini

Abby Abadi Dituduh Perli Fattzura Gara-Gara Tarian Poco-Poco

GARA-GARA memuat naik tiga video ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai tarian poco-poco di Instagram (IG), Abby Abadi menerima “direct message” (DM) daripada seorang netizen, mendakwa dia memerli Fattzura.

Kalau anda pengikut Abby di IG, bekas anggota kumpulan Elite ini memang sering berkongsi video ceramah dan kata-kata nasihat kepada pengikutnya.

Sebelum ini pun, Abby pernah didakwa oleh netizen menghina Neelofa.

Berkaitan: Didakwa Dengki Dan Hina Neelofa, Abby Abadi Jawab Tuduhan Netizen

Klip video ceramah oleh penceramah terkemuka yang dimuat naik Abby, didakwa ditujukan kepada Fattah Amin dan Fazura.

Dalam DM yang dihantar kepada Abby, dia dikatakan suka mencari kesalahan orang lain.

Namun begitu, majoriti berasakan bahawa video berkenaan poco-poco tersebut bukan ditujukan kepada pasangan popular berkenaan.

Dalam majlis resepsi pada Ahad lalu, Fattah dan Fazura menghiburkan peminat dengan tarian poco-poco. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen