Hiburan Sensasi Terkini

Aaron Aziz Kembali Sakit Tengkuk

Alahai kasihannya hero Malaya, Aaron Aziz apabila dia kembali menderita sakit tengkuk.

Berita itu diberitahu sendiri oleh empunya badan menerusi Instagramnya. Pada 2013, Aaron pernah mengalami sakit sendi tengkuk selepas terbabit dalam kemalangan ketika penggambaran Fear Factor Malaysia.

Dia juga pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ketika di lokasi penggambaran.

Kini ia kembali sakit dan rata-rata peminat mendoakan supaya pelakon kesayangan mereka cepat sembuh.

Sakit tengkuk yang dialami oleh Aaron Aziz menyebabkannya sukar memusingkan kepala ke kiri, kanan dan menoleh ke belakang.

Mungkin kerana terlalu kuat bekerja menyebabkan sendi tengkuknya sakit. Menurut pengurus dan juga isterinya, Diyana Halik, biar pun dalam keadaan sakit, pelakon itu terpaksa ke India untuk penggambaran filem Rabu ini.-KLICK.MY