Gaya Hidup Terkini

8 Produk Ikan Dalam Tin Mengandungi Cacing Mati Termasuk Buatan Malaysia

BARU- BARU ini kembali tular produk ikan dalam tin (sardin) didakwa mengandungi benda asing iaitu cacing.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang menjalankan pemantauan ke atas produk ikan dalam tin (sardin dan mackerel) yang diimport serta di pasaran tempatan.

Sebelum ini, dua jenama produk ikan sardin telah dikesan mengandungi cacing sebelum ini iaitu TL Tan Lung dan TLC.

Berkaitan: Menjijikkan! Cacing Ditemui Dalam Tin Sardin Keluaran China

Namun, daripada hasil pemantauan terkini mendapati produk-produk berikut juga telah dikesan mengandungi cacing yang telah mati iaitu ikan sardin jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand.

Malah, ikan sardin buatan tempatan seperti King Cup, Bintang dan TC Boy juga mengandungi cacing.

Dikhabarkan syarikat terlibat telah diarah menarik balik produk tersebut dari pasaran.

Tindakan tahan, uji dan lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara bagi menghalang ia daripada terus berada di pasaran.

Bagi produk ikan dalam tin, risiko kepada kesihatan adalah amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan.

Mana-mana pihak yang terlibat di dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. –KLICK.MY

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.