Semasa Viral

5 Tips Elak Makan Berlebihan Semasa Berbuka Puasa

  1. Makanlah buah kurma antara 1 hingga 3 biji kerana ia mengandungi terlalu banyak khasiat walaupun saiznya kecil. Apakah khasiat kurma?

  • Kurma tinggi serat, dapat membekalkan tenaga yang lebih lama serta membantu penghadaman yang baik.
  • Kurma juga membekalkan glukos untuk kekal bertenaga dengan cepat setelah seharian berpuasa.
  • Kurma mempunyai kandungan garam yang rendah dan melambatkan dehidrasi.
  • Kurma bersifat anti-oksida, baik untuk menguatkan imunisasi badan semasa berpuasa.
  • Selain itu kurma juga tinggi potassium, bagus untuk menstabilkan bendalir badan selain mengandungi zat besi yang mengangkut oksigen ke sel-sel badan bagi membantu badan bertenanga selepas puasa.
  1. Air Suam

 

  • Minumlah segelas atau dua gelas air suam terlebih dahulu untuk memanasakan penghadaman, air manis boleh diminum kemudian bagi mengelakkan pengambilan gula berlebihan.
  1. Makanan seimbang

  • Hidangan yang seimbang, contohnya seperti nasi putih segenggam, seketul ayam atau ikan dan sayur-sayuran atau ulam-ulaman

4. Kuih-muih manis

  • Jika anda mulakan makan kuih dipermulaan berbuka puasa, anda pasti terlajak makan lebih dari dua biji jadi ambil kuih pada step keempat.
  1. Berhenti sebelum kenyang
  • Perut mengambil masa 20 minit untuk berasa kenyang dan jangan makan selama 20 minit tanpa henti pula. –KLICK.MY