Sensasi Terkini Viral

47 Hari Hilang, Baru Kini Pendaki Taiwan Ditemui

Bayangkan kalau anda tersesat atau hilang di kawasan hutan atau pergunungan selama beberapa hari pastinya mengundang bencana.

Putus makanan dan tidak tahu untuk melakukan apa-apapun. Mungkin hanya mampu berserah dan menunggu pasukan penyelamat datang.

Begitulah kisah pendaki dari Taiwan yang cuba mendaki gunung di banjaran Himalaya. Dia yang mendaki bersama teman wanita, telah berjaya diselamatkan dan dijumpai setelah hilang selama 47 hari.

Namun malangnya, teman wanitanya sudah meninggal dunia. Malah ketika ditemui, dia berada di samping mayat teman wanitanya yang sudah tidak bernyawa.

Pasukan pencari dan penyelamat menjumpai Liang Sheng Yueh di dalam gaung sekitar 2,600m (8,500 kaki) berhampiran perkampungan Tipling di daerah Dhading, Nepal.

Lian kini dirawat di Hospital Antarabangsa Grandee Kathmandu dan dilaporkan telah keluar dari zon bahaya.

Lebih menyayat hati, menurut Liang teman wanitanya baru sahaja meninggal dunia tiga hari sebelum mereka dijumpai.

Bayangkan selama sebulan lebih berada di puncak gunung dengan keadaan cuaca yang sejuk, pastinya agak mustahil seseorang itu dapat hidup. Namun, Lian bernasib baik kerana dapat minum air dan garam yang ada di sekitar dia dijumpai.

Berat badan Liang turun sebanyak 30kg sejak hilang tujuh minggu lalu dan rambutnya dipenuhi kutu serta kaki dihurung ulat ketika ditemui.

Mereka dilihat kali terakhir di utara Dhading pada 9 Mac dan tetap meneruskan pendakian walaupun salji lebat.-KLICK.MY