Hiburan Sensasi Terkini

4 Tahun Menanti, Akhirnya Fizo & Mawar Bakal Timang Cahaya Mata

Bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, pasti perkara yang ditunggu-tunggu ialah berkenaan zuriat. Namun ada pasangan yang sukar mendapatkan zuriat walaupun sudah lama berumah tangga.

Buat pasangan popular, Fizo Omar dan Mawar berita gembira yang ditunggu-tunggu selama empat tahun akhirnya sampai ke telinga.

Isterinya, Mawar disahkan hamil anak sulung. Berita gembira itu dikongsi bersama peminat di Instagram.

Menurut Fizo, berita itu adalah rezeki Ramadan buatnya dan isteri. Penantian mereka selama ini akhirnya berbaloi.

Kata Fizo lagi, berita kehamilan Mawar disahkan sendiri oleh Prof Datuk Doktor Hamid Arshad yang memeriksa kandungan tersebut.

Usia kandungan sudah masuk dua bulan dan Fizo berterima kasih kepada orang ramai yang sering mendoakan mereka agar dikurniakan cahaya mata.

Tahniah kepada pasangan ini dan buat Mawar, jangan lupa jaga kesihatan dan ikut nasihat doktor. –KLICK.MY