Sensasi Terkini Viral

Cantik.. Tapi Gadis Ini Tak Pernah Potong Kuku Dah 3 Tahun

Bayangkan kalau kuku anda tidak dipotong selama bertahun-tahun apakah yang akan terjadi. Pastinya ia akan panjang dan menyusahkan diri sendiri untuk melakukan kerja-kerja harian.

Malah sekiranya tidak dijaga dengan betul, kuku tersebut pastinya akan kotor dan jadi tempat pembiakan kuman.

Namun, bagi seorang gadis berusia 16 tahun dan juga pelajar dari Nuremberg, Jerman ini, dia tidak memotong kukunya selama tiga tahun.

Malah, dia berbangga memiliki kuku yang panjang dan sering menghiasnya. Mujurlah kuku tersebut dijaga rapi dan dihias cantik. Bayangkan kalau sebaliknya, pasti ia kelihatan jijik.

Sehingga sekarang, kukunya berukuran kira-kira tiga inci atau lapan sentimeter. Menurut wanita bernama Simone Taylor ini, setiap hari dia terpaksa mandi dan berpakaian dalam keadaan berhati-hati bimbang kukunya patah.

Dia juga terpaksa menghabiskan masa berjam-jam semata-mata untuk membersih dan merawat kukunya itu. Malah aktivitinya juga terbatas kerana sukar untuk tangannya bergerak bebas.

Simone mula menyimpan kuku pada tahun 2014 setelah menonton video tutorial online. Sejak itulah dia terikut-ikut dan mula tidak memotong kuku.

Bagi memastikan kukunya kuat dan tidak mudah patah, dia menggunakan dua lapis pengeras kuku dan perwarna kuku. Malah pada tahun 2015 dia membuka akaun Instagram untuk mempamerkan kukunya. –KLICK.MY

Tag