Hiburan

3 Penyanyi Wanita Popular Bengang Dipergunakan Stesen Radio

SEMALAM penyanyi Ernie Zakri, Wany Hasrita, Ara Johari dan Haqiem Rusli telah dijemput sebagai tetamu untuk menjayakan program FB Live sebuah stesen radio popular.

Peluang muncul dalam rancangan sebegini bagus untuk artis kerana mereka boleh menceritakan perkembangan baharu kerjaya masing-masing.

Namun malangnya, pengacara program lebih ghairah menjadikan kisah depresi serta single terbaharu Haqiem sebagai subjek utama perbualan mereka hingga menyebabkan penyanyi-penyanyi lain berasa tertipu.

Bagi yang belum mengetahui, Haqiem sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mahu berhenti menyanyi kerana mengalami depresi.

Ketika segmen itu sedang berlangsung, jelas kelihatan riak wajah ketiga-tiga penyanyi ini seperti tidak faham dengan intipati tersebut malah turut meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka menerusi laman sosial masing-masing.

Menurut Erni Zakri dalam Instagramnya, dia telah membazirkan masa dua jam semata-mata untuk mendengar cerita dan masalah orang lain.

Begitu juga dengan Wany yang sanggup menggunakan hari cutinya dengan memenuhi jemputan tersebut tetapi malangnya ia tidak berbaloi.

Pelbagai spekulasi yang tercetus termasuklah timbul dakwaan adakah Haqiem sengaja berpakat dengan penganjur program untuk meraih publisiti. Namun, Haqiem menafikan perkara itu.

Mungkin apa yang berlaku kerana salah faham. Semoga pihak yang terlibat menganjurkan program ini tampil memberikan penjelasan agar salah faham ini tidak berlarutan. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.