Hiburan Sensasi Terkini

Bapa Penyayang, Anak Fahrin Ahmad Kini Sudah Berusia 6 Bulan

Sekejap sahaja masa berlalu kini anak Fahrin Ahmad sudah berusia enam bulan. Dalam Instagramnya Fahrin ada memuat naik gambar anaknya yang bernama Khalifah Fahrel.

Bukan main manja lagi dua beranak ini kalau bergambar. Malah gambar-gambar tersebut memperlihatkan Fahrin seorang ayah yang penyayang.

Agak-agaknya apabila sudah dewasa bakal bergelar aktor hebat seperti ayahnya juga atau tidak? Baru-baru ini pelakon yang memegang watak Kapten Ameer Reza dalam filem Pilot Cafe ini telah membawa anaknya itu ke sebuah majlis pelantikannya sebagai duta produk.

Dikhabarkan juga, ini merupakan kali pertama Fahrin membawa anaknya itu dalam sebuah majlis yang melibatkan pihak media. Wah, pasti Khalifah Fahrel menjadi tumpun pihak media ketika itu!

Sementara itu Fahrin telah dilantik sebagai duta minyak wangi LeRVE bagi lelaki dan wanita selama setahun. Semoga bapa penyayang ini terus murah rezeki.-KLICK.MY