Hiburan

2 Tahun Bercinta Secara Rahsia, Raqib-Tasha Manshahar Bakal Bernikah

MASIHKAH anda ingat dengan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-9, Raqib Majid atau nama penuhnya, Fahrur Raqib Abdul Majid?

Dia kini dikhabarkan bakal berkahwin dengan penyanyi Tasha Manshahar pada 8 September ini.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 24 Disember tahun lalu.

Lapor Astro Gempak, Raqib menjelaskan dia bukan sengaja mahu meninggalkan teka-teki kepada peminat mengenai hubungan mereka tetapi ada alasan tersendiri.

“Sebenarnya perkenalan kami bermula ketika dia menghadiri kelas agama dan membaca al-Quran ibu saya di Melaka.

“Sejak itu saya mula terpikat dengan sifatnya yang baik hati dan dia juga disenangi oleh ibu bapa saya.

“Bukan mahu berahsia, tapi saya tidak mahu menghebohkannya selagi kami belum ada perancangan sebenar untuk berkahwin.

“Alhamdulilah selepas dua tahun ia dipermudahkan dan harap segalanya berjalan lancar sehingga kami selamat diijabkabulkan,” kata Raqib yang bertugas sebagai penyampai radio Zayan.

Apapun, semoga majlis pernikahan nanti berjalan lancar. Tahniah kami ucapkan! –KLICK.MY

 

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.