Semasa Terkini

2 Orang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Berdekatan KLCC

SEBATANG pokok sebesar dua pemeluk di hadapan Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) tumbang kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Dua orang awam iaitu penunggang dan pembonceng motosikal dilaporkan cedera setelah dihempap pokok berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Tun Razak dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

“Sebaik tiba kita dapati dua mangsa yang merupakan penunggang dan pembonceng sebuah motosikal cedera akibat kejadian tersebut.

“Selain itu sebuah kereta juga dihempap namun pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, pihak polis masih berada di lokasi kejadian dan maklumat lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa. –KLICK.MY

Sumber: BH Online