Semasa Sensasi Terkini Viral

2 Kanak-Kanak Maut Jatuh Dari Tingkat 5

Malang tidak berbau buat pasangan suami isteri apabila dua anaknya maut setelah jatuh dari tingkat lima di sebuah pusat membeli-belah di China.

Kejadian yang menyanyat hati itu berlaku apabila kanak-kanak tersebut terlepas daripada dukungan bapanya yang ketika itu sedang mencari isterinya.

Merasakan isterinya ada di tingkat bawah, maka lelaki tersebut cuba menjenguk ke bawah berhampiran penghadang kaca sambil mendukung kedua anaknya.

Lelaki tersebut gagal mengimbangi badang lalu menyebabkan anak sulungnya terjatuh. Ketika lelaki itu cuba menyelamatkan anak sulungnya, malangnya anak kecilnya pula terlepas dari tangan menyebabkan kedua-duanya terjatuh ke bawah.

Kedua-dua mangsa terjatuh dengan kepala mereka terlebih dahulu terhempas pada lantai tingkat itu dan maut serta merta di tempat kejadian. Tangisan kesedihan lelaki itu membuatkan orang ramai yang melihat kejadian itu sedih dan bersimpati.

Kalau di Malaysia pernah juga berlaku di mana kanak-kanak jatuh dari eskalator. Kepada ibu bapa, hati-hatilah ketika membeli-belah. Pastikan keselamatan anak-anak anda kerana malang tidak berbau.-KLICK.MY

Tag