Hiburan

14 September Hari Kehilangan Ayah, Hari Lahir Suami-Fazura

LUAHAN dan ucapan pelakon jelita Fazura sempena tarikh 14 September membawa dua makna dalam hidupnya.

Pada tarikh tersebut ayahnya telah meninggal dunia dan hari jadi suaminya, Fattah Amin.

Fazura menerusi Instagram telah menyentuh hati netizen dengan luahan dan ucapannya kepada dua lelaki yang paling dicintai itu.

Sementara itu Fazura bersyukur kerana Allah menghantar Fattah untuk menyayangi serta melindunginya.

“Saya kehilangan bapa tersayang pada 14 September, 18 tahun lalu dan pada tarikh yang sama Allah hantarkan dia (Fattah) ke dunia. Dialah yang menerangi hidup saya dan dia juga telah mencuri hati saya buat selamanya.

“Dia dihantar untuk menjaga dan melindungi saya serta menyayangi saya sepenuh hatinya. Saya tak boleh luahkan bagaimana rasa syukur saya memilikinya.

“Terima kasih kerana menyayangi saya dan terima kasih kerana menjadi diri awak sebenarnya.

“Saya sayangkan awak sepenuh hati saya. Selamat hari lahir suami ku,” tulisnya.

Penyanyi lagu Sayangi Dirimu  itu turut memuat naik video khas buat Fattah. Fazura kini berada di New York, Amerika Syarikat untuk New York Fashion Week.

Fazura juga telah menulis ucapan sempena mengingati pemergian bapanya.

“Saya harap kamu (bapa) ada peluang untuk mengenali dia (Fattah), saya tahu kamu pasti akan menyayanginya.

“Rindu kamu (bapa) dan berharap kamu boleh sentiasa bersama saya. Saya sayangkan kamu.

“Doa semoga kita bertemu selamanya di Jannah,” luahnya.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 yang lalu. Semoga mereka terus dilimpahi rezeki dan kasih sayang. –KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.