Luar Negara

12 Pelajar Sekolah Menengah Hamil Serentak Kejutkan Ramai Pihak

SERAMAI 12 orang pelajar di sebuah sekolah menengah di Lampung, Sumatera didapati hamil serentak.

Berita tersebut membuatkan ramai pihak terkejut termasuk Persatuan Perancangan Keluarga Indonesia (PKBI.

Pengarahnya, Dwi Hafsah Handayani berkata, lebih mendukacitakan apabila pihak sekolah merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan PKBI.

“Pihak sekolah memberitahu semua pelajarnya bersih, tetapi bila diperiksa ada 12 remaja yang hamil,” katanya seperti yang dilaporkan Tribunnews.

Sementara itu, tinjauan PKBI di sekitar Lampung mendapati sekurang-kurangnya 100 kondom terjual dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, perkara itu sesuatu yang membimbangkan dan menuntut pihak sekolah lebih agresif dalam usaha mendisiplinkan pelajar.

“Selain ibu-bapa, pihak sekolah juga memainkan peranan penting bagi memastikan golongan remaja menghindari aktiviti tidak bermoral,” katanya.

Kes pelajar hamil bukanlah suatu yang baharu. Sebelum ini, kes pelajar hamil pernah berlaku di sebuah sekolah menengah di Makassar.

Lebih mengejutkan, pelajar itu bersalin sendirian di dalam tandas semasa sesi persekolahan sedang berlangsung pada 18 Januari lalu. –KLICK.MY

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.