Gaya Hidup

10 Tip Pilih Durian Agar Tidak Tertipu, Dijamin Berkesan!

MUSIM raja segala buah, durian kembali lagi. Ke mana-mana sahaja anda pergi, pasti akan kelihatan gerai menjual durian malah di media sosial juga tidak kurang hebat orang menjualnya.

Sama ada makan di gerai tersebut atau membawanya pulang, pilihan terletak pada diri masing-masing.

Namun, sekiranya membawanya pulang ke rumah, anda mungkin berdepan dengan risiko buah yang dibeli tidak seperti yang dibayangkan atau diharapkan.

Justeru, seorang penggemar durian, Azlan Nor telah berkongsi 10 tip untuk membantu anda membeli raja buah ini.

  1. Bentuk bulat

Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

  1. Berat durian

Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.

  1. Tangkai

Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.

  1. Bunyi

Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.

  1. Duri

Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

  1. Bau

Hidu durian dan cari yang berbau manis.

  1. Juring

Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.

  1. Kulit

Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

  1. Warna

Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

  1. Musim

Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang ‘dipulas ribut’.

Semoga dengan tip ini dapat membantu anda daripada terbeli durian yang tidak berkualiti. –KLICK.MY

Tag

Tambah Komen

Klik di sini untuk komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.