Sensasi Terkini Viral

10 Ramadan Terakhir, Datuk Siti Nurhaliza Tunaikan Umrah

Selamat pergi dan selamat pulang buat Datuk Siti Nurhaliza dan suami ke Tanah Suci, Makkah. Mereka ke sana tidak lain tidak bukan untuk menunaikan ibadah umrah dan melakukan ibadah-ibadah lain.

10 Ramadan terakhir digunakan oleh pasangan ini untuk beribadah di Makkah. Mudah-mudahan mereka menemui malam Lailatul Qadar yang didambakan oleh seluruh umat Islam.

Dalam entri Instagram terbaru penyanyi nombor satu negara ini, dia memuat naik gambarnya bersama suami di dalam kapal terbang dengan kapsyen agar orang ramai mendokan perjalanan mereka.

Rata-rata peminat mendoakan semoga perjalanan mereka selamat. Kami di sini juga mendoakan perjalanan Siti dan suami selamat. Semoga niat mereka untuk beribadah dipermudahkan oleh Allah SWT. –KLICK.MY